3 sebab mengapa kripto memerlukan lebih penglibatan wanita

“Wanita dan orang daripada pelbagai warna kulit menjadi sebahagian daripada kripto dan rantaian blok kerana kita membina ekosistem kewangan generasi seterusnya”

– Charlene Fadirepo, pengasas dan CEO Guidefi

Walaupun jumlah wanita yang terlibat dalam kripto meningkat setiap tahun, jumlah wanita yang terlibat sebagai pemilik kripto dan pelabur masih lagi kurang jika dibandingkan dengan lelaki.

Mujurlah kripto bersifat lebih inklusifm terutamanya terhadap pelabur pertama kali, dan juga wanita.

Mari kita lihat 3 sebab mengapa industri kripto memerlukan lebih ramai wanita.

#EmbracingEquity dalam sektor rantaian blok

Perwakilan wanita dalam kewangan, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sering dilihat kurang. Kripto dan kewangan tidak berpusat (DeFi) berada di tengah-tengah sektor ini.

Namun begitu, wujud harapan dalam industri kripto – matlamat asasnya ialah untuk mencipta sistem yang sama rata, yang boleh diakses dan inklusif kepada semua orang.

Kajian menunjukkan yang pasukan campuran gender dalam perniagaan memberikan hasil yang lebih hebat. Juga, pasukan pelbagai gender mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding pasukan yang mempunyai satu gender sahaja. Persekitaran kerja pelbagai gender menggalakkan produktiviti, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang lebih baik.

Lebih wanita dalam sektor rantaian blok dan kempimpinan boleh meningkatkan perniagaan. Lebih ramai wanita dalam DeFi akan membantu mencipta role model untuk generasi seterusnya.

Penyertaan ekonomi dengan satu butang

Mengikut sejarah, wanita mempunyai akses yang terhad terhadap perkhidmatan kewangan dan pendidikan. Namun begitu, dengan matawang kripto, mereka boleh menguruskan simpanan dan pelaburan mereka dengan bebas. 

Masih lagi ramai wanita di seluruh dunia tidak mempunyai askes tanpa halangan terhadap akaun bank. 55% individu yang tidak mempunyai akaun bank adalah wanita. Tidak seperti bank berpusat, matawang kripto mengurangkan halangan untuk mengakses perkhidmatan kewangan.

Hampir satu daripada tiga wanita merancang untuk melabur dalam matawang kripto pada tahun depan. Aplikasi seperti Luno menyediakan peluang bagi wanita untuk menjadi pelabur kripto. Platform ini turut berkongsi pendidikan kewangan, menggalakkan pembelajaran dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

Wanita pelabur jangka panjang

“Jika pelabur wanita mempunyai kekurangan, kekurangan tersebut ialah kepercayaan yang mereka bukan pelabur yang baik,” menurut Meghan Railey, pengasas bersama dan CFO Optas Capital. Sebenarnya, wanita merupakan pelabur dan penjimat yang hebat.

70% daripada wanita merasakan yang mereka perlu mengetahui lagi mengenai pelaburan sebelum bermula. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa wanita mempunyai bakat untuk melabur dan mempunyai perangai pelaburan yang mantap.

Industri kripto memerlukan lebih ramai HODLer dan pelabur dengan mindset pelaburan jangka panjang. Pelaburan adalah penting untuk kebebasan kewangan wanita, terutamanya jika anda mengambil kira jangka hayat wanita, jurang gender dalam pembayaran, serta nilai masa wang

Menariknya, dalam kajian sikap kewangan, wanita didapati lebih suka mengelak risiko berbanding lelaki. Pengelakan risiko dan mindset jangka panjang mungkin membantu dalam “menghapuskan stereotaip yang pelabur matawang kripto merupakan individu yang sukakan risiko,” dan menggalakkan penerimaan yang lebih besar.

Kunci utamanya ialah penyertaan

Penyertaan wanita dalam kripto ialah kunci untama untuk menerima kesamarataan dalam sektor rantaian blok. Juga, pasukan pelbagai gender akan mencipta banyak lagi perniagaan yang lebih inklusif dan produktif. Sifat matawang kripto yang mudah diakses membolehkan wanita menyertai peluang pendidikan dan pelaburan.

Di Luno, kami bermatlamat untuk menaikataraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik dan penting untuk kami yang semua orang adalah terlibat.

Ingin menyertai kripto? Tonton video bagaimana untuk bermula. Atau semak artikel mengenai jenis-jenis aset digital dan strategi perdagangan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0