Apa itu Bitcoin Cash?

Seperti pesaing-pesaing matawang kripto terkemuka yang lain, Bitcoin Cash dan Bitcoin berkongsi banyak persamaan walaupun terdapat beberapa perbezaan ketara di mana Bitcoin Cash adalah berasaskan rantaian blok bukti kerja yang lebih pantas dan murah untuk digunakan berbanding Bitcoin.

Salah satu perbezaan ialah proses hard fork di mana idea Bitcoin Cash telah dicetuskan pada tahun 2017 sebagai penyelesaian terhadap isu kelajuan transaksi Bitcoin. Perbezaan dari segi teknikal pula meliputi saiz blok dalam rantaian blok. Perincian ini adalah penting kerana ia mempengaruhi jumlah bilangan transaksi yang dapat diselesaikan untuk setiap saat.

Mengambil kira rantaian blok Bitcoin Cash yang terdiri daripada blok transaksi data pada masa dahulu dan kini, saiz blok yang besar bermakna lebih banyak transaksi dapat disimpan dalam tempoh yang singkat untuk para pengguna. Protokol Bitcoin secara lazimnya mengehadkan saiz blok kepada 1 Megabit (1MB) untuk setiap satu. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan pengguna Bitcoin set peraturan ini menjadi semakin lebih tegang dan keberkesanannya sebagai fungsi wang turut dipersoalkan. 

Memandangkan tiada persetujuan dapat dicapai antara mereka yang menyokong saiz blok besar bagi memudah cara proses pembayaran dan mereka yang ingin mengekalkan ciri sedia ada  – maka hard fork telah diwujudkan. Ini membawa kepada Bitcoin Cash yang mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Bitcoin sebagai sistem wang elektronik tidak berpusat Peer-to-peer tetapi dengan kelebihan dalam aspek kelajuan pembayaran serta nilainya sebagai medium pertukaran kiriman yang efektif. 

Meskipun proses hard fork ini boleh menjurus kepada perbezaan pendapat, namun mereka tetap memberi ilustrasi yang jelas tentang etos dan tunjang Bitcoin, yakni ia bukannya peranan dan tanggungjawab kerajaan berpusat tetapi sebaliknya komuniti yang menentukan pertumbuhan serta hala tuju Bitcoin.

Did you find this useful?

1
0