Apa itu Bitcoin XT?

Bitcoin XT merupakan salah satu proses fork yang dihasilkan oleh Bitcoin Core. Pada asalnya dikemukakan dalam Cadangan Penambahbaikan Bitcoin (BIP) 101 sebelum dilancarkan pada bulan Ogos 2015, terdapat pertikaian dalam komuniti Bitcoin yang berpunca daripada pandangan bercanggah mengenai perubahan peraturan dengan segelintir pembangun perisian Bitcoin Core yang lain. Antara intipati cadangan berkenaan adalah untuk meningkatkan had saiz blok daripada 1MB kepada 8MB supaya rangkaian Bitcoin dapat memproses transaksi secara lebih berkesan. Pembahagian Bitcoin XT ini turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan komuniti termasuk persoalan mengenai saiz blok yang mendorong kepada cadangan saiz blok Bitcoin Classic yang akhirnya tidak membuahkan hasil selain penghasilan fork keras (hard fork) iaitu Bitcoin Cash.
Walaupun Bitcoin XT berjaya mencuri tumpuan sesetengah pelombong namun ia tidak berjaya membuahkan sebarang hasil dan dianggap tidak lagi relevan menjelang tahun 2017. Cadangan yang lain untuk meningkatkan saiz blok seperti SegWit2 juga gagal untuk mencapai konsensus daripada pihak pembangun perisian.