Apa itu Cadangan Penambahbaikan Bitcoin (BIP)?

Cadangan Penambahbaikan Bitcoin (BIP) merujuk kepada dokumen standard yang lazim diguna pakai untuk mengemukakan sebarang perubahan terhadap Bitcoin.
Pada kebiasaannya, kertas cadangan ini mula digariskan melalui senarai emel para pembangun perisian di mana sebarang respons atau kebolehlaksanaan mereka akan dinilai sebelum keputusan susulan dibuat untuk menghasilkan dokumen BIP secara menyeluruh. Dokumen penuh BIP kemudian akan dikongsi menerusi platform GitHub. Pada ketika ini, kertas cadangan diproses melalui semakan rakan sejawat oleh para pembangun perisian yang mencapai persetujuan mengenai kertas cadangan terpilih untuk diimplementasi apabila konsensus antara mereka berjaya dicapai.
Terdapat tiga jenis BIP:
- Trek Standard BIP: Diguna pakai untuk sebarang perubahan ketara yang mampu mengubah kaedah pengoperasian Bitcoin, misalnya melibatkan cara pemprosesan blok dan transaksi (seperti SegWit) atau integrasi antara mata wang Bitcoin dengan pihak ketiga tertentu.
- BIP Berasaskan Informasi: Seperti nama yang diberi, Informasi BIP digunakan untuk menyediakan maklumat atau informasi kepada pembangun berkaitan terutamanya mengenai isu serta syor penyelesaian kepada Bitcoin. BIP ini tidak memerlukan sebarang undian dibuat dan boleh diabaikan oleh komuniti.
- BIP Berasaskan Proses: Kertas cadangan yang mirip Trek Standard BIP ini telah digunakan untuk menggariskan syor dari segi pembangunan Bitcoin serta kaedah pelaksanaan proses yang terlibat termasuk mengambil kira BIP atau bagaimanakah proses pengundian dapat dilaksanakan.