Apa itu dana?

Walaupun istilah dana membawa pelbagai makna yang berbeza, besar kemungkinan anda pernah berinteraksi atau mewujudkan dana peribadi pada suatu ketika sama ada pengumpulan dana di tempat kerja untuk tujuan tertentu mahupun simpanan dana bagi tujuan kecemasan.

Tidak kira apa jua matlamatnya, kesemua dana mempunyai definisi yang hampir serupa iaitu pengumpulan dana untuk suatu tujuan yang spesifik. Dalam erti kata lain, golongan individu serta pelabur institusi membuat pelaburan dalam berbagai-bagai jenis dana untuk menjana keuntungan dan apabila anda melabur dalam sebuah dana, ini juga bermakna anda sedang mengumpulkan dana anda dengan para pelabur yang lain. 

Pengurus dana kemudiannya akan menjalankan urusan membeli, menjual atau memegang pelaburan bagi pihak anda. Tanpa mengambil kira jenis dana, mereka berkongsi persamaan ketara di mana dana-dana tersebut terdiri daripada kepelbagaian pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan risiko. Misalnya, dana ekuiti United Kingdom berkemungkinan memegang pelbagai jenis saham daripada sebilangan industri dan sektor yang berbeza. 

Antara jenis dana yang lain termasuk:

Dana Dagangan Saham (ETF)

Dana yang didagangkan di dalam platform perdagangan awam seperti bursa saham. 

Dana Lindung Nilai (hedge fund)

Pelaburan yang direka khas untuk golongan individu atau institusi yang memiliki nilai aset bersih yang tinggi. 

Dana Bersama (mutual fund)

Dana pelaburan yang dikendalikan oleh pengurus dana profesional yang telah ditugaskan untuk menguruskan pelaburan anda sama ada dalam saham, bon atau aset-aset berkenaan yang lain. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0