Apa itu dividen?

Sesetengah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham serta dana pelaburan tertentu membayar para pemegang saham sebagai ganjaran pelaburan mereka dalam syarikat yang dikenali sebagai dividen. Pulangan dividen ini dibayar sama ada dalam bentuk tunai atau bentuk yang lain seperti saham.Â
Syarikat terkemuka dengan saiz dan kapasiti yang lebih besar secara lazimnya memberi pulangan dividen yang konsisten berbanding syarikat berkapasiti kecil memandangkan dana terlibat adalah berdasarkan keuntungan syarikat. Manakala amaun dividen dan tempoh masa yang diperuntukkan antara pembayaran adalah ditentukan oleh pengarah syarikat.Â