Apa itu dompet mono-signature?

Apabila anda menghantar Bitcoin, anda sebenarnya tidaklah menggerakkannya di antara alamat. Bitcoin anda secara asasnya disimpan di bilik digital, dan ia akan kekal di situ tanpa mengira siapa pemiliknya. Apa yang sebenarnya terjadi adalah anda menukar ‘kunci’ Bitcoin tersebut supaya sepadan dengan kunci penerima.
Dompet matawang kripto memerlukan sama ada satu atau beberapa tandatangan (signature) – atau ‘kunci’ pada contoh diatas, untuk mendapatkan akses, mengesahkan dan menghantar transaksi matawang kripto. Jika beberapa tandatangan diperlukan, ia dikenali sebagai dompet multi-signature (pelbagai tandatangan). Jika satu tandatangan sahaja yang diperlukan, ia dikenali sebagai dompet mono-signature (satu tandatangan). Dompet mono-signature atau monosig hanya memerlukan satu tandatangan, atau kunci untuk membuka dompet. Dompet monosig adalah yang paling biasa digunakan pada rantaian blok Bitcoin. Dompet yang memerlukan beberapa tandatangan dipanggil dompet multisig.