Apa itu Ethereum?

Ethereum ialah komputer tidak berpusat global yang dijalankan di atas teknologi rantaian blok. Tidak berpusat bermaksud komputer ini tidak terikat pada satu tempat dan tidak mempunyai satu poin tunggal atau individu yang membuat keputusan.

Ethereum berfungsi sebagai satu platform yang terbuka, tersedia dengan bebas dimana pengguna (kita) boleh membeli, menjual, atau menyimpat matawang kriptonya iaitu ‘ether’ dan pembangun perisian dan pengaturcara boleh mencipta dan memuat naik kontrak pintar yang berfungsi dan menjalankan tujuan tertentu.

Contoh kontrak pintar yang popular sekarang ialah NFT atau Token Tidak Terpiawai: digital aset tidak boleh diganti. Aset ini dikuasakan oleh kontrak pintar yang menguruskan pemindahan dan pengesahan pemilik aset.

Namun begitu, penggunaan rangkaian Ethereum bukanlah percuma. Rangkaian ini menggunakan ‘Gas’, satu terma untuk merujuk amaun yang dikenakan apabila anda berinteraksi dengan rangkaian atau menjual atau membeli matawang kriptonya. Anda boleh mengganggap Gas sebagai tip automatik sebagai ganjaran usaha pelombong Ethereum melaburkan tenaga dan kuasa pengkomputeran mereka untuk mengesahkan transaksi anda dan menambahnya dalam rantaian blok.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

130
8