Apa itu faedah?

Faedah ditakrifkan sebagai amaun harga yang perlu dibayar bagi sebarang tujuan pinjaman kewangan. Ini termasuk sama ada anda dikehendaki untuk melunaskan faedah hutang bagi mana-mana pinjaman ataupun meraih faedah ke atas pinjaman yang telah diberi kepada orang lain. Wang yang disimpan di dalam akaun bank sebenarnya bersifat pinjaman kepada pihak perbankan di mana ia mampu menjana faedah kepada pemegang akaun sungguhpun pada kebiasaannya ia hanya melibatkan nisbah peratus yang kecil. Antara pelaburan yang berasaskan faedah adalah seperti terbitan bon kerajaan. 

Walau bagaimanapun, kadar faedah daripada pinjaman bank atau kad kredit misalnya adalah lebih tinggi. Secara amnya, pinjaman jangka pendek mendatangkan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman jangka panjang, antaranya termasuk pinjaman perumahan serta pembiayaan kenderaan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0