Apa itu fork dalam matawang kripto?

Fork ialah kemaskini perisian yang dipersetujui oleh sekumpulan pembangun terhadap sesuatu matawang kripto yang dibina di atas rantaian blok. Untuk melaksanakan sebarang rancangan kemaskini terhadap mana-mana matawang kripto, seperti Bitcoin, persetujuan di antara ahli komuniti Bitcoin seperti pembangun Bitcoin, pelombong dan node perlu dicapai.
Kemaskini selalunya dicadangkan oleh pembangun Bitcoin, yang kemudian akan diterima atau ditolak oleh pelombong Bitcoin. Bagi pelombong yang bersetuju, mereka akan mengemaskini perisian mereka dan mula melombong blok pada rantaian blok yang telah dikemaskini. Manakala bagi pelombong yang tidak bersetuju, mereka tidak akan menggunakan perisian terbaru tersebut.
Hard fork dan soft fork
Jika jumlah majoriti pengguna rantaian blok menerima sesuatu kemaskini dan pelombong terus melombong blok pada rantaian yang telah dikemaskini, ia dikenali sebagai soft fork. Tetapi jika terdapat beberapa pembangun yang tidak berpuas hati dengan perubahan yang ditetapkan, mereka boleh menarik diri dan mencipta rantaian blok baru. Rantaian akan disalin dan berpecah, menjadikan dua komuniti ini bergerak ke haluan berlainan dan melaksanakan reka bentuk penyelesaian mereka sendiri. Inilah yang dipanggil ‘hard fork’. Bitcoin Cash adalah contoh paling sesuai, kerana ia adalah hasil daripada kemaskini Bitcoin ‘SegWit’ pada tahun 2017. Pembangun yang tidak bersetuju dengan soft fork SegWit mencipta rantaian blok Bitcoin Cash, manakala yang berpuas hati dengan kemaskini SegWit terus menggunakan rantaian blok yang asal.
Rangkaian Bitcoin menjangkakan akan adanya kemaskini berterusan, yang dilaksanakan oleh pembangun web global. Perubahan kecil pada rangkaian berlainan daripada perubahan kod persetujuan, dimana ianya lebih bersifat struktrual berbanding perubahan pada permukaan dan memerlukan soft fork.