Apa itu Gas dan apakah fungsinya?

Gas disifatkan sebagai nilai harga atau yuran yang membolehkan rantaian blok Ethereum untuk beroperasi. Sebagaimana sebuah kereta memerlukan minyak petrol untuk meneruskan perjalanan, gas diperlukan oleh pengguna rangkaian dalam proses permohonan transaksi (amaun Ether yang diperlukan untuk melakukan sebuah transaksi) bagi menjayakan transaksi tersebut sebelum diserapkan ke dalam rangkaian blok. 

Terma ‘gas’ secara spesifik merujuk kepada unit pengukuran jumlah amaun kerja yang perlu dilakukan oleh para pelombong yang melibatkan transaksi dalam blok. Sebagai implikasinya, validasi dan pengesahan transaksi pada rantaian blok Ethereum memerlukan sebilangan amaun gas yang bergantung kepada saiz dan jenis transaksi yang dijalankan. 

Pelombong kemudiannya dibayar berdasarkan kerja pengesahan transaksi dan penambahan blok dengan amaun matawang Ethereum yang paling kecil iaitu Ether (ETH). Amaun kecil ini dikenali dengan terma ‘gwei’ di mana satu bilion gwei adalah bersamaan dengan satu Ether dan ia ditentukan oleh harga gas bagi sesuatu transaksi. Semakin penting permohonan validasi maka semakin tinggi nilai gas yang diperlukan dalam transaksi. 

Selain daripada kadar fi gas dan gwei, terma lain yang diguna pakai dalam proses ini adalah ‘had gas’ yang merujuk kepada amaun maximum gas (atau tenaga) yang anda sanggup berbelanja untuk sesuatu transaksi. 

Semakin tinggi had gas, semakin banyak kerja yang perlu dijalankan untuk menjalankan transaksi berkenaan. Sekiranya had itu terlalu rendah maka transaksi tersebut akan gagal atau ditolak dan menyebabkan kehilangan nilai gas yang dibayar. Manakala jika transaksi berjaya diproses sebelum had gas tercapai, baki gas yang lain akan dikembalikan semula kepada dompet pengguna. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0