Apa itu Growth Investing?

Walaupun namanya – Growth Investing – atau pelaburan pertumbuhan mempunyai matlamat yang hampir sama dengan strategi pelaburan lain; iaitu menjana pulangan pada pelaburan anda, masih terdapat perbezaan yang ketara. Pelabur pertumbuhan biasanya tidak mempedulikan syarikat-syarikat besar yang berjaya, tetapi lebih menumpukan kepada syarikat-syarikat yang berpotensi untuk berkembang pada kadar yang lebih kompetetif.
Strategi ini adalah berisiko kerana tiada jaminan yang ia akan berjaya. Namun begitu, jika syarikat-syarikat ini berjaya, pelaburan yang dibuat boleh memberikan pulangan besar. Walaupun tidak dianggap ‘syarikat kecil’, berikut merupakan contoh-contoh syarikat yang berkembang – Shopify, Alibaba dan Netflix.