Apa itu ‘hard fork’?

Istilah fork dalam matawang kripto bermaksud kemaskini perisian yang perlu dilaksanakan. Fork akan menjadi lebih kontroversi jika terdapat banyak perubahan yang dilaksanakan.

Oleh kerana terdapat banyak pendapat dan cadangan dalam penggunaan fork, satu keputusan ke arah matawang kripto perlu dibuat pada satu tahap. Persetujuan perlu dicapai dalam komuniti kripto yang spesifik sebelum sebarang perubahan boleh dilaksanakan. Jika pembangun-pembangun dalam komuniti tidak berpuas hati dengan perubahan yang diputuskan, mereka boleh menarik diri dan mencipta matawang kripto baru. Pada tahap ini, rantaian blok (yang mempunyai matawang kripto beroperasi di atasnya) akan digandakan dan berpecah, manakala kedua-dua komuniti ini akan pergi ke haluan berbeza untuk melaksanakan rekaan solusi mereka sendiri. Inilah yang dipanggil ‘hard fork’.

Bitcoin Cash adalah salah satu hasil daripada hard fork. Bitcoin Cash terhasil daripada kemaskini ‘SegWit’ pada 2017, dimana pembangun yang tidak bersetuju dengan kemaskini SegWit, mencipta rantaian blok Bitcoin Cash yang mengikuti peraturan yang mereka percaya bahawa ia sepatutnya dilaksanakan pada Bitcoin. Bagi kumpulan pembangun yang berpuas hati dengan perubahan yang dibuat pada kemaskini SegWit, mereka terus menggunakan rantaian blok Bitcoin yang asal.

Did you find this useful?
0
0