Apa itu instrumen sekuriti?

Untuk memahami secara lebih lanjut, sila baca dan fahami istilah berikut: 

  • Aset
  • Bon
  • Derivatif

Sekuriti merupakan terma utama yang sering diguna pakai untuk mana-mana aset yang diterbitkan oleh syarikat atau perusahaan awam yang dapat dibeli dan dijual, namun klasifikasinya adalah bergantung kepada badan pengawal selia di setiap negara. Misalnya di negara Amerika Syarikat, sekuriti dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: 

  • Sekuriti Hutang (tunai dan terbitan bon) 
  • Sekuriti Ekuiti (saham syarikat) 
  • Sekuriti Derivatif (kontrak masa depan dan sebagainya)

Di Amerika Syarikat, badan pengawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menjalankan ujian Howey bagi mengenal pasti sama ada sesuatu aset diklasifikasi sebagai instrumen sekuriti. Bitcoin dan Ethereum tidak terangkum sebagai sekuriti atau atau di bawah kawal selia SEC dengan mengambil kira sifat tidak berpusat yang dimiliki oleh kedua-dua rantaian blok Ethereum dan Bitcoin. Selain itu, mata wang berkenaan juga tidak menjadi sebahagian daripada struktur syarikat formal atau institusi.

Untuk ketahui secara lebih lanjut:

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0