Apa itu kecairan aset?

Kecairan aset merupakan kayu ukur terhadap tahap keupayaan untuk menukar sesuatu aset kepada tunai. Tahap kecairan yang tinggi bermakna terdapat sebilangan besar pembeli dan penjual bagi aset berkenaan yang memudahkan proses transaksi perdagangan. Manakala kecairan rendah, atau pasaran tidak cair pula bermakna bilangan pembeli dan penjual yang lebih kecil dan sekali gus menyukarkan proses perdagangan. 

Salah satu ilustrasi dalam dunia nyata adalah situasi di mana seorang individu yang memiliki kereta vintaj bernilai £20,000 yang diidamkan oleh orang ramai. Dalam hal ini, mengambil kira wujudnya ramai pembeli yang berpotensi, maka ia menunjukkan tahap kecairan aset yang tinggi dengan prospek tinggi bahawa penjual berkenaan dapat menjual keretanya pada harga £20,000.

Contoh lain yang relevan adalah seperti pemilik koleksi setem klasik yang bernilai £20,000. Dalam kebanyakan kes, mengambil kira faktor setem yang kurang popular berbanding kereta, tahap kecairan aset ini adalah lebih rendah memandangkan pemilik setem mungkin memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencari pembeli yang sesuai.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0