Apa itu keuntungan pelaburan?

Pulangan pelaburan (ROI) positif ialah perkara yang terbaik dalam pelaburan. Jenis pulangan inilah yang dicari-cari oleh para pelabur apabila mereka meletakkan keyakinan dan wang mereka pada sesuatu aset. Kini, kaedah ROI telah diterima secara global sebagai kaedah untuk mengira pulangan.

ROI dikira menggunakan formula di bawah, tetapi untuk memudahkan kefahaman, kami tidak memasukkan sekali caj pelaburan dan dividen yang diterima — yang akan digunakan apabila mengira pulangan bersih.

  • Jika anda melabur RM 100 pada 100 syer syarikat yang bernilai RM 1 bagi setiap syer
  • Syer tersebut meningkat ke RM 2, bermaksud pelaburan RM 100 anda kini bernilai RM 200
  • Untuk mengira pulangan bersih, tolak nilai asal (RM 100) dari nilai terkini (RM 200). Ini akan memberikan anda pulangan sebanyak RM 100
  • Bahagikan pulangan bersih (RM 100) dengan kos pelaburan asal (RM 100) dan darabkan dengan 100.
  • ROI untuk pelaburan anda ialah 100%

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

100
5