Apa itu keuntungan?

Keuntungan secara amnya merujuk kepada hasil pendapatan yang tinggal oleh sesebuah syarikat selepas mengambil kira segala aspek perbelanjaan, kos dan percukaian yang terlibat dalam pengoperasian perniagaan masing-masing. Amaun keuntungan ini kemudiannya dapat dilabur semula ke dalam syarikat oleh para pemilik ataupun disimpan dalam bentuk tunai. 

Bagi syarikat atau korporat awam, mereka boleh membayar sebahagian daripada keuntungan yang diraih kepada para pemegang taruh sebagai dividen. Manakala bagi pemilik perniagaan, keuntungan tersebut dapat disimpan atau dilabur semula ke arah memacu pertumbuhan syarikat ke tahap yang lebih tinggi. 

Mengapakah keuntungan relevan?

Keuntungan menjadi sebahagian penting dalam aspek menjamin kelangsungan perniagaan. Tanpa keuntungan, perniagaan mungkin tidak dapat meneruskan operasi mereka lebih-lebih lagi jika tidak diberi sokongan dari segi kewangan oleh pelabur yang mempunyai modal yang tinggi. 

Jenis keuntungan:

  • Keuntungan pra-cukai

Seperti yang dibincangkan di atas, keuntungan pra-cukai merujuk kepada hasil keuntungan yang dijana oleh sebuah perniagaan selepas menolak semua kos lain yang berkaitan termasuk pembuatan serta penjualan produk atau perkhidmatan. Dalam erti kata lain, keuntungan pra-cukai ini dikira dengan menolak sebarang perbelanjaan daripada jumlah pendapatan. 

  • Keuntungan Operasi

Keuntungan operasi adalah mirip keuntungan pra-cukai tetapi ia lebih tertumpu kepada nilai sebenar operasi perniagaan selepas menolak sebarang faedah atau aspek percukaian yang terlibat.

  • Pendapatan Bersih

Pendapatan bersih pula merujuk kepada baki hasil pendapatan selepas mengambil kira kos operasi, faedah serta kos-kos lain termasuk percukaian. Justeru, pendapatan kasar adalah penting dalam pengiraan pendapatan bersih. Jika nilai pendapatan bersih adalah negatif, maka ia juga dirujuk sebagai ‘kerugian bersih’.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0