Apa itu Litecoin?

image of Litecoin symbol

Litecoin diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai hard fork Bitcoin oleh bekas jurutera Google, Charlie Lee. Disebabkan itu, Litecoin mempunyai banyak persamaan dengan Bitcoin. Litecoin dicipta berdasarkan projek perisian sumber terbuka Bitcoin dengan beberapa penambahbaikan seperti transaksi yang lebih pantas serta murah bagi tujuan kegunaan harian. 

Litecoin mempunyai blok yang lebih singkat daripada Bitcoin di mana blok baru dapat dicipta sekitar setiap 2.5 minit berbanding 10 minit untuk Bitcoin. Ini membolehkan Litecoin untuk memproses transaksi secara lebih pantas berbanding Bitcoin di samping meningkatkan kebolehskalaan pembayaran seiring dengan permintaan yang meningkat. Ia dibantu oleh kitaran penawaran Litecoin maksimum pada 84 juta, iaitu empat kali ganda lebih besar daripada Bitcoin pada 21 juta untuk menghasilkan blok yang lebih pantas. Dilancarkan dua tahun selepas Bitcoin, Litecoin menjadi antara pesaing awal altcoin kepada Bitcoin namun telah berdepan pelbagai cabaran termasuk penyusutan syer dalam pasaran kripto susulan kemunculan projek-projek baharu seperti Ethereum yang mula mencuri tumpuan pada tahun 2010-an. 

Selain itu, Litecoin juga merupakan matawang kripto pertama yang menguji rangkaian Lightning sebelum ia muncul dalam rangkaian Bitcoin. Bitcoin turut menerima pakainya apabila fungsi dan kegunaannya disahkan pada Litecoin.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0