Apa itu maksud derivatif?

Derivatif merujuk kepada kontrak di antara sekurang-kurangnya dua parti yang memperoleh nilainya bersandarkan aset pendasar, sama ada saham syarikat, komoditi seperti emas atau mata wang kripto. Kontrak derivatif boleh didagangkan seperti saham syarikat di dalam platform perdagangan atau secara langsung di antara pelabur.Â
Derivatif lazimnya digunakan oleh para pelabur untuk melindungi pelaburan mereka daripada ketidakstabilan pasaran atau pelaburan yang bersifat spekulatif. Melalui pelaburan dalam instrumen derivatif, pelabur mengambil pertaruhan dari segi harga aset untuk tempoh tertentu dan membolehkan syarikat untuk dilindungi daripada risiko yang berkait dengan harga aset yang boleh memberi impak terhadap aspek kelangsungan perniagaan. Misalnya, syarikat perkapalan akan membuat pertaruhan mengenai kenaikan harga minyak pada tarikh tertentu. Dengan cara ini, jika harga minyak meningkat seperti unjuran dan kos mereka terjejas, mereka tidak akan mengalami implikasi yang lebih teruk.Â
Terdapat empat jenis derivatif utama:
- Kontrak masa depan (Futures) – Perjanjian antara dua parti untuk membeli dan menjual kontrak dengan harga yang dipersetujui pada tarikh tertentu.
- Kontrak berjangka (Forwards) – Mirip kontrak futures tetapi kontrak berjangka boleh diubah suai berdasarkan aset pendasar.
- Perjanjian opsyen (Options) – Di mana perjanjian masa depan adalah berdasarkan perjanjian untuk membeli dan menjual pada tarikh spesifik kelak, perjanjian opsyen pula melibatkan pembelian atau penjualan sebelum tarikh tertentu.
- Perjanjian swap (Swops) – Pertukaran aset yang mempunyai nilai semasa yang setara.