Apa itu penanda aras?

Penanda aras menjadi antara kaedah untuk mengukur sejauh manakah prestasi portfolio pelaburan berbanding pertumbuhan ekonomi dari sudut makro. Sebagai contoh, jika seorang pelabur membeli mata wang kripto yang muncul pada awal tahun dan pulangannya mencapai 15% menjelang akhir tahun, beliau dapat membuat perbandingan dengan harga Bitcoin untuk menentukan sama ada pulangan tersebut adalah memberangsangkan. Memandangkan Bitcoin adalah mata wang kripto terbesar dari segi nilai pasaran market, pergerakan harga Bitcoin mempunyai korelasi yang tinggi dengan prestasi majoriti mata wang kripto yang lain.
Jika Bitcoin mencapai prestasi yang lebih baik, maka ia boleh memberi indikasi kepada pelabur untuk melaburkan modal mereka dalam Bitcoin bagi memaksimumkan pulangan pelaburan atau dalam erti kata lain Return on investment (ROI). Namun sekiranya aset yang dipilih oleh mereka mempunyai pencapaian yang baik berbanding Bitcoin, pelabur juga dapat mengenal pasti sejauh mana pelaburan mereka mengatasi pasaran keseluruhan mata wang kripto melalui perbandingan harga Bitcoin dalam tempoh yang sama.
Bagi pedagang saham, penanda aras mereka sering diperoleh daripada indeks syarikat berskala besar. Antaranya seperti Dow Jones atau FTSE 100 yang memberi indikasi kepada mereka mengenai pencapaian saham yang terpilih jika dibandingkan dengan pasaran saham secara keseluruhan.
Selain itu, indeks yang spesifik untuk sektor tertentu turut guna pakai sebagai perbandingan dari segi pelaburan mengikut sektor berkenaan. Sebagai contoh, seorang pelabur yang ingin menilai prestasi pelaburan mereka dalam syarikat utiliti atau tenaga boleh membuat perbandingan khusus dengan S&P 500 dalam bidang Tenaga.
Walau bagaimanapun, jika syarikat berasaskan tenaga mempunyai pengkhususan dalam bidang tenaga hijau, perbandingan ini mungkin membawa kepada kesenjangan data memandangkan S&P Tenaga 500 sebenarnya mengambil kira kesemua syarikat tenaga dan utiliti, jadi indeks spesifik wajar diguna pakai sebagai penanda aras yang lebih efektif.