Apa itu pengaturan atomik?

Sebagaimana anda menghantar wang daripada satu bank ke bank yang lain, pengaturan atomik (atomic swap) merupakan proses pertukaran mata wang kripto di dalam rantaian blok yang berlainan. Proses ini dirujuk sebagai ‘atomik’ kerana ia lazimnya hanya melibatkan dua hasil – sama ada setiap pihak menerima mata wang kripto yang diminta atau sebaliknya. Ini bermakna bagi memastikan pengaturan atomik yang berjaya, kedua-dua parti perlu memenuhi syarat-syarat pertukaran yang terlibat.
Pertukaran yang turut dikenali sebagai pengaturan atomik rentas rantaian ini dapat dilakukan hasil kemunculan kontrak pintar: barisan kod komputer yang memastikan semua terma dipatuhi sebelum perdagangan dapat berlaku di antara dua buah dompet kripto yang berbeza. Pengaturan ini seterusnya menjadi sebahagian penting daripada ekosistem rantaian blok memandangkan ia adalah sejajar dengan prinsip utama rantaian blok yang diasaskan dengan sifatnya yang tidak berpusat.
Hasil daripada proses ini, mana-mana pihak yang ingin kekal tidak bersambung dengan infrastruktur berpusat seperti perdagangan kripto dapat melakukannya tanpa mengehadkan pilihan perdagangan mereka. Memandangkan tiada keterlibatan pengantara sepanjang proses ini, transaksi yang menggunakan pengaturan atomik adalah lebih pantas dan murah di mana 100% pengendalian aset adalah di bawah kawal pengguna.