Apa itu pengukuhan pasaran?

Pengukuhan pasaran (rally) merupakan suatu keadaan yang menunjukkan momentum pergerakan harga aset berkenaan sedang meningkat dalam tempoh yang singkat. Pengukuhan pasaran boleh berlaku sama ada dalam pasaran menaik mahupun pasaran merudum dan situasi ini adalah berbeza dengan kejatuhan pasaran di mana ia lazimnya bermakna harga bakal mengalami penurunan.
Fenomena pengukuhan pasaran ini pada kebiasaannya membentuk trend pasaran menaik secara keseluruhan atau mengalami kenaikan harga jangka pendek sebelum kembali ke posisi pra-pengukuhan pasaran. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pengukuhan pasaran, antaranya seperti indikator teknikal yang memberi isyarat kenaikan pasaran serta keyakinan kepada para pedagang untuk membeli, selain memberi tanda positif mengenai aset tertentu dan sekali gus menarik lebih ramai pembeli ke dalam pasaran.
Pedagang jangka pendek atau lebih dikenali scalpers secara amnya akan memasuki pasaran sebelum berlakunya rally dan kemudian membuat penjualan untuk mengaut keuntungan dalam tempoh singkat.