Apa itu peningkatan nilai aset?

Apresiasi aset merujuk kepada peningkatan nilai aset dalam tempoh tertentu. Sekiranya anda membeli satu Bitcoin dengan harga $1,000 pada tahun 2013 dan nilainya terus meningkat dalam tempoh lapan tahun kepada $42,000, ini bererti aset tersebut telah mencatatkan peningkatan nilai sebanyak 4,100%. Manakala bagi penyusutan nilai aset (asset depreciation) berlaku di mana pelaburan mengalami kerugian untuk tempoh tertentu. Salah satu ilustrasi penyusutan nilai aset adalah kenderaan di mana ia berdepan dengan risiko kehilangan nilai sejurus kenderaan tersebut memulakan perjalanan bermula dari bilik pameran.