Apa itu perdagangan harian?

Perdagangan harian berlaku apabila para pedagang menjalankan aktiviti berdagang dalam pasaran kewangan dengan menggunakan indikator teknikal bagi membuat unjuran mengenai prospek perubahan harga untuk sesuatu aset dalam tempoh sehari. Mereka lazimnya akan membuat pesanan yang sewajarnya bergantung kepada anggaran harga yang dibuat sebelum  menjual posisi mereka apabila berada dalam keuntungan atau untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian yang lebih. 

Perdagangan harian merupakan cetusan idea daripada perdagangan saham. Dalam konteks ini, Bursa Saham mempunyai jam perdagangan yang telah ditetapkan sepanjang hari perdagangan. Ini bermakna para pedagang dapat membuat analisa pasaran serta membuat unjuran harga bagi tempoh tertentu. Misalnya, Bursa Saham London mempunyai jam perdagangan antara 8 pagi dan 4:30 petang (UTC) pada hari biasa dan tidak beroperasi pada hujung minggu. Tempoh perdagangan ini dianggap lazim bagi mana-mana bursa saham di mana Bursa Saham New York juga mempunyai jam perdagangan yang sama (mengikut zon waktu New York).

Terma ini turut diguna pakai secara tidak langsung untuk aset seperti mata wang kripto. Hal ini kerana perdagangan kripto adalah terbuka sepanjang masa di mana ia tidak terikat kepada jam perdagangan seperti mana yang berlaku untuk bursa saham, dan lebih bersifat fleksibel untuk para pedagang. Mengambil kira zon waktu yang berlainan di seluruh dunia, kekerapan tahap kecairan pasaran kripto yang sering berubah adalah dijangka dalam tempoh masa 24 jam. Sebaliknya, pertimbangan ini tidak perlu diambil kira oleh pedagang saham dan ia menjadi antara punca pergerakan harga yang tidak menentu dalam pasaran mata wang kripto. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0