Apa itu perdagangan luar buku?

Perdagangan luar buku atau off-book trading merujuk kepada situasi perdagangan yang dijalankan di dalam platform perdagangan secara berasingan dan terpisah daripada buku pesanan. Perdagangan luar buku secara amnya memberi ruang kepada pedagang dengan menawarkan fleksibiliti dari segi harga aset yang dibeli dan dijual.

Salah satu pihak yang terlibat dalam perdagangan berkenaan kemudiannya perlu menyatakan sokongan atau memberi deklarasi untuk memastikan supaya perdagangan berkenaan menjadi ‘dalam buku’ (on-book). Pada kebiasaannya, platform perdagangan yang berbeza mempunyai set peraturan yang tersendiri mengenai garis masa bagi tujuan pelaporan perdagangan dijalankan, jadi ia adalah menjadi tanggungjawab para pedagang untuk mendapatkan informasi berkaitan. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0