Apa itu perlombongan Bitcoin?

Seperti yang diterangkan sebelumnya, Bitcoin dilihat sebagai satu sistem lejar global besar yang merekodkan transaksi (atau ‘menggerakkan wang’) di antara satu individu ke satu individu lain. Apabila transaksi Bitcoin diproses pada rangkaian Bitcoin – ini bermaksud Bitcoin digerakkan dari satu individu ke satu individu lain – seseorang perlu memastikan transaksi direkodkan dengan betul dan lejar pada semua sistem diseragamkan di seluruh dunia.

Bagi Bitcoin, proses ini tidak dilakukan oleh individu atau syarikat, namun dilakukan oleh beribu-ribu komputer di seluruh dunia yang dihubungkan dengan internet. Komputer-komputer ini dikenali sebagai ‘pelombong’, tetapi secara mudahnya, komputer ini boleh dipanggil sebagai ‘komputer yang memproses transaksi’.

Untuk melakukan pemprosesan Bitcoin dengan selamat, komputer-komputer ini perlu melakukan pengiraan amat rumit yang menggunakan banyak kuasa pengkomputeran – kuasa ini memerlukan banyak tenaga dan perkakas pemprosesan khas. Pemilik komputer-komputer ini perlu membayar kos perkakas dan elektrik, oleh itu mereka perlu diberi ‘pampasan’ dengan semua wang dan usaha yang dilakukan untuk menggerakkan rangkaian ini. Pemilik komputer atau dikenali sebagai pelombong, menerima ‘pampasan’ dalam bentuk ganjaran Bitcoin baru di-mint – iaitu semua Bitcoin baru dicipta merupakan ganjaran dan insentif bagi individu yang menyumbangkan komputer mereka kepada sistem untuk membantu memproses transaksi.

Salah satu cara untuk melihat perlombongan ialah dengan mempertimbangan apa akan berlaku jika satu bank yang besar telah membina sistem pemprosesan transaksi global terbesar dunia: mereka akan membelanjakan beberapa billion dollar dan kemudian mengenakan caj terhadap semua transaksi untuk mendapatkan kembali modal pembinaan. Sama seperti perlombongan Bitcoin, kos sistem global ini dibahagikan kepada beribu-ribu komputer dan mereka mendapatkan kembali kos mereka melalui Bitcoin yang baru dicipta. Secara ringkas, ini merupakan infrastruktur kewangan demokratisasi.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

129
7