Apa itu permodalan pasaran?

Permodalan pasaran, atau lebih dikenali dengan istilah ‘market capitalisation’, merupakan jumlah nilai yang dimiliki oleh sesuatu aset atau syarikat. Permodalan pasaran adalah jumlah bilangan syer tanggungan di dalam sebuah syarikat atau aset yang berpandukan harga semasa pasaran untuk setiap syer.

Sebagai contoh, jika pemegang saham dalam sebuah syarikat memiliki 1,000 syer pada harga $1 setiap syer, maka permodalan pasaran syarikat tersebut adalah $1,000. 

Dalam konteks Bitcoin, permodalan pasaran adalah ditentukan melalui kaedah pengiraan pendaraban iaitu jumlah bilangan koin yang wujud dalam pasaran dengan nilai semasa untuk setiap koin. Sekiranya terdapat 20 juta Bitcoin dalam pasaran, dan harga untuk setiap satu BTC adalah $25,000, maka permodalan pasaran Bitcoin adalah sebanyak $500 bilion. 

Apakah kesalinghubungan permodalan pasaran? 

Secara amnya, semakin tinggi permodalan pasaran untuk mana-mana syarikat atau aset, maka semakin besar dan stabil nilai pelaburan terbabit. Jadi, saiz dan nilai sesebuah syarikat dapat memberi indikasi mengenai paras risiko pelaburan yang berkaitan. 

Pada masa yang sama, penilaian permodalan pasaran juga dapat menawarkan informasi tentang prospek dan potensi pertumbuhan aset yang ingin dilabur memandangkan ia mempunyai hubung kait dengan status fasa pembangunan perniagaan bagi setiap syarikat.

Para pelabur lazimnya akan mengambil pendekatan yang seimbang dari segi pelaburan mereka dengan membeli syer dan aset daripada syarikat dengan berbagai-bagai saiz pasaran bagi mengimbangi antara potensi pendedahan risiko serta peluang pertumbuhan.

Bagaimanakah dengan evolusi permodalan pasaran Bitcoin menjangkau masa?

Sekitar 10 tahun lalu, permodalan pasaran Bitcoin adalah sekitar $50 juta sebelum ia mencecah hampir dua kali ganda kepada $100 juta hanya dalam tempoh enam bulan. Menjelang tahun 2013, saiz pasaran Bitcoin telah menembusi paras siling $1 billion dalam tempoh setahun.

Seperti yang dapat disaksikan ketika pasaran menaik atau bull run yang berlaku pada 2021, permodalan parasan Bitcoin berjaya melepasi paras $1 trillion buat julung kalinya sungguhpun trend tersebut telah berubah-ubah semenjak daripada itu.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0