Apa itu PIN Sekali Guna (OTP)?

Sama seperti pelitup muka pakai buang yang direka bertujuan untuk dipakai sekali sahaja, PIN sekali guna (OTP) merupakan kod pengesahan yang dihantar kepada alamat emel atau telefon bimbit anda melalui hantaran mesej yang hanya sah untuk log masuk sekali atau satu transaksi. Jika anda ingin log masuk semula atau membuat pembelian baharu, maka OTP yang baru perlu dicipta sebelum ia dapat diluluskan.
Dalam terma teknikal, OTP adalah siri nombor yang dijana secara automatik atau karakter yang membenarkan percubaan log masuk sekali. Ciri ini telah menjadi antara kriteria tapisan keselamatan yang lazim merentasi perkhidmatan kewangan dan komersial maya yang bertujuan untuk membantu meminimumkan risiko terhadap sebarang penipuan demi melindungi organisasi dan para pelanggan.