Apa itu proof-of-activity?

Apa itu Bitcoin Cash? Aset Kripto yang Mirip dengan Bitcoin?

Protokol konsensus berasaskan Proof of Activity menggabungkan ciri-ciri utama bagi kedua-dua proof -of-work (PoW) dan proof-of-stake(PoS) dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sedia ada Bitcoin serta mata wang kripto yang lain. 

Diasaskan pada tahun 2014, protokol ini berfungsi dengan memberi arahan terhadap proses melombong seperti mana pengoperasian bukti kerja di mana para pelombong bersaing untuk menyelesaikan teka-teki matematik bagi mendapatkan ganjaran yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, berbeza dengan bukti kerja, blok-blok yang dilombong dalam bukti kuasa atau PoA tidak mengandungi sebarang transaksi. Sebaliknya mereka direkodkan di dalam blok selepas ditambah ke dalam rantaian berkenaan. 

Setelah blok dilombong, sistem ini kemudiannya bertukar kepada protokol berasaskan bukti pemilikan dengan memilih sekumpulan pihak pengesah (individu yang bertanggungjawab untuk tujuan verifikasi transaksi) secara rawak bagi menandatangani blok tersebut. Semakin besar pegangan dalam koin, maka semakin tinggi kebarangkalian mereka dipilih untuk menandatangani blok. Hanya selepas itu blok menjadi sebahagian daripada rantaian di mana para pelombong dan pihak pengesah layak menerima ganjaran.

Tahap keselamatan

Memandangkan protokol ini menggabungkan unsur PoS dan PoW, maka bukti kuasa dianggap sebagai alternatif yang lebih terjamin dari segi keselamatan di mana kebarangkalian serangan protokol adalah jauh lebih rendah dengan mengambil kira keperluan untuk menguasai hampir separuh kadar hash perlombongan daripada PoW serta penguasaan dari sudut peratusan pegangan koin dalam sistem sedia ada bagi mendapatkan akses dalam PoS.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

132
8