Apa itu rangkaian Lighting?

Apabila anda membuat transaksi Bitcoin, ia perlu disahkan oleh rangkaian terlebih dahulu sebelum boleh diselesaikan. Pengesahan ini akan dilakukan oleh pelombong.
Masalah kebolehskalaan Bitcoin
Bitcoin boleh memproses, lebih kurang tujuh transaksi per saat dan kos satu transaksi Bitcoin adalah sekitar satu Dolar. Visa pula, boleh memproses lebih kurang 1,700 transaski per saat (ini mengikut jumlah yang diberikan oleh mereka)
Apabila anda membuat transaksi Bitcoin, ia perlu disahkan oleh rangkaian terlebih dahulu sebelum boleh diselesaikan. Pengesahan ini akan dilakukan oleh pelombong.
Bitcoin memerlukan enam pengesahan bagi satu-satu transaksi dianggap sebagai ‘disahkan’ dan selesai.
Anggaran masa untuk melombong satu blok transaksi pada rantaian blok Bitcoin adalah lebih kurang sepuluh minit, oleh itu, satu transaksi memerlukan lebih kurang sejam untuk selesai. Namun begitu, ia juga bergantung pada aktiviti pada rangkaian, dan kadang-kala transaksi boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Semakin ekoksistem matawang kripto berkembang, jumlah transaksi Bitcoin juga meningkat dan menyebabkan kesesakan rangkaian – bermaksud pelombong semakin sibuk dan pengesahan adalah lebih perlahan.
Fungsi rangkaian Lighting pada rangkaian Bitcoin.
Rangkaian Lighting mula-mula dijelaskan di dalam satu kertas putih oleh Joseph Poon dan Thaddeus Dryja pada tahun 2015. Rangkaian ini merupakan aplikasi lapisan kedua yang dibina di atas rantaian blok Bitcoin yang membolehkan anda menukar terus Bitcoin anda dengan individu lain tanpa memerlukan pengesahan dan membolehkan transaksi Bitcoin dilakukan secara ‘luar rantaian’. Ini bermaksud, penukaran ini tidak merekodkan sebarang transaksi pada rantaian blok Bitcoin dan menjadikan transaksi lebih laju.
Rangkaian Lighting berfungsi dengan mencipta saluran pembayaran di antara dua atau lebih pengguna. Apabila pembayaran selesai melalui saluran pembayaran, ia akan ditutup dan baki akhir Bitcoin pada setiap individu akan direkodkan pada rantaian blok.
Manfaat lain
Hampir tiada caj yang dikenakan pada rangkaian Lighting, menjadikannya satu kaedah yang amat menarik pengguna yang mahu mengelakkan caj tinggi bagi transaksi bernilai rendah. Caj yang kecil terhasil daripada tahap persaingan di antara nod-nod rangkaian Lighting. Apabila rangkaian Bitcoin semakin berkembang, banyak transaksi yang bervolum rendah yang berlaku pada rantaian blok Bitcoin boleh dipindahkan ke rangkaian Lighting dan mengosongkan sedikit ruang yang berpotensi untuk menguruskan berjuta-juta transaksi sebelum satu transaksi dimasukkan pada rantaian blok Bitcoin.