Apa itu Rangkaian Lightning?

Seperti namanya, Rangkaian Lightning ialah lapisan kedua bagi rantaian blok yang duduk di atas Bitcoin dan membantu transaksi pada rantaian Bitcoin lebih laju dengan memproses beberapa transaksi serentak.
Mula dicadangkan pada tahun 2015, Rangkaian Lightning membenarkan transaksi yang lebih laju dengan mengeluarkannya dari rantaian blok atau ‘off-chain’ dan diletakan pada rangkaian yang berasingan. Apabila transaksi ini telah diproses, ia kemudian diselesaikan dan ditambah semula ke rantaian blok asal.
Oleh kerana transaksi-transaksi ini diproses di luar rantaian blok dan tidak memerlukan sebarang perlombongan, caj pemprosesan adalah lebih rendah dan boleh diproses dengan jauh lebih pantas. Ini telah menjadikan Rangkaian Lightning sebagai satu penambahan yang popular bagi Bitcoin dan mengurangkan kesesakan pada rangkaian Bitcoin dengan cara mengurangkan transaksi yang perlu disahkan secara individu.
Anda boleh membayangkan yang Rangkaian Lightining adalah seperti fail Zip bagi transaksi anda. Berbanding dari menghantar fail imej yang besar satu demi satu, penghantaran akan lebih mudah apabila anda memampatkan semua imej anda (atau transaksi) bersama dan memprosesnya pada masa yang sama sebagai satu transaksi pada rantaian blok.