Apa itu rangkaian Oracle tidak berpusat?

Rangkaian Oracle tidak berpusat (DON) merujuk kepada sekumpulan penyedia perkhidmatan luar bebas yang sentiasa berada dalam misi pencarian data dunia nyata seperti pelaporan ramalan cuaca atau informasi kewangan untuk disalurkan kepada rantaian blok. Rangkaian ini turut memainkan peranan yang penting untuk menggabungkan antara dunia tidak berpusat dan dunia berpusat.
Selepas pengumpulan data, penilaian akan dibuat sebelum dihantar kepada kontrak pintar (kontrak bebas yang dirangka untuk memenuhi tujuan tertentu) yang membuat permohonan, dan ia boleh digunakan untuk membangunkan kontrak pintar hibrid dengan kombinasi kod tersendiri selain data dunia nyata bagi pembinaan aplikasi tidak berpusat (Dapp) yang lebih canggih dan berdaya saing untuk berinteraksi dengan sistem tradisional sedia ada seperti institusi perbankan dan korporasi yang berada di luar rantaian blok.Â