Apa itu rantaian Beacon?

Rantaian Beacon merupakan salah satu pengemaskinian utama di bawah Lapisan Konsensus Ethereum yang berfungsi untuk mengawal selia protokol baharu Proof-of-Stake (PoS). Sebagai tunjang kepada sistem pengoperasian, Rantaian Beacon berperanan untuk menguruskan segala aktiviti yang berlaku dalam rangkaian, selain memainkan fungsi penting untuk mencipta blok baharu dan memastikan setiap blok baharu adalah sah di samping memberi ganjaran kepada para pengesah Ether atas sumbangan mereka dalam memastikan rangkaian yang sentiasa selamat. 

Rantaian Beacon dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2020 melalui pengenalan bukti pemilikan (PoS) ke dalam ekosistem Ethereum. Dengan kewujudan sistem ini, fasa pengemaskinian seterusnya lebih tertumpu kepada aspek peningkatan kapasiti rangkaian secara keseluruhan yang lebih efisien dan cekap dengan kebolehskalaan yang tinggi dengan rantaian pemisah (shard). 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0