Apa itu Ripple dan XRP?

XRP merupakan aset digital yang direka berdasarkan rangkaian Ripple, iaitu sebuah sistem pembayaran global yang bertujuan menjadi platform pembayaran alternatif secara lebih efisien dan murah berbanding SWIFT. Ripple secara ringkasnya bertindak sebagai agen dipercayai untuk pelbagai parti yang terlibat dalam suatu transaksi selain membuat pengesahan apabila perdagangan tersebut berjalan lancar – sama ada ia melibatkan pertukaran wang atau matawang kripto yang lain seperti Bitcoin. Ripple telah diguna pakai oleh bank-bank dan institusi utama seperti Santander bagi tujuan pemprosesan pembayaran di peringkat antarabangsa. 

Anda boleh membeli XRP bagi tujuan pelaburan atau sebagai mod transaksi kewangan pada rangkaian Ripple. XRP secara amnya dikenali sebagai Ripple kerana kedua-dua elemen ini saling melengkapi walaupun XRP sebenarnya adalah kripto asli kepada lejar XRP. Berbeza daripada matawang kripto lain yang beroperasi dalam ruang pembayaran, XRP menggunakan pengesah yang dipercayai bagi proses verifikasi atau pengesahan transaksi. Ripple akan menentukan pengesah yang menerima pakai senarai yang merangkumi enam daripada nod validasi tersebut. Langkah ini membolehkan proses transaksi yang lebih singkat meskipun terdapat kritik berpandangan bahawa ia bersifat berpusat dan mungkin lebih terdedah dari segi keselamatan. Sungguhpun begitu, pengesahan transaksi XRP secara purata hanya mengambil masa 3 – 5 saat untuk diselesaikan iaitu jauh lebih pantas berbanding matawang kripto lain atau rangkaian kewangan tradisional yang sedia ada pada masa kini. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0