Apa itu Satoshi?

Satoshi terhadap Bitcoin adalah sama dengan konsep sen terhadap ringgit – unit terkecil atau denominasi terkecil bagi matawang digital. 100 juta Satoshi bernilai satu Bitcoin. Ini bermaksud, satu Satoshi bernilai 0.00000001 BTC.
Kod matawang untuk Satoshi ialah ‘sats’. Anda mungkin pernah mendengar masyarakat bersembang mengenai mengumpul ‘sats’. Mengumpul sats bermaksud mengumpul jumlah Satoshi yang ada atau beli lebih Bitcoin.

Sumber: Block-Builders.net
Dari mana istilah Satoshi datang?
Satoshi dinamakan sempena pencipta Bitcoin yang tidak dikenali – Satoshi Nakamoto. Namun begitu, Nakamoto tidak mencipta konsep atau nama tersebut. Terma ‘Satoshi’ sebenarnya tidak diperkenalkan sebagai nama untuk sebahagian Bitcoin sehingga tahun 2011, dan mengambil masa untuk diterima.
Idea pertama untuk menggunakan terma ini bermula pada 15 November 2010, di sebuah forum awam untuk peminat-peminat rantaian blok yang dipanggil BitcoinTalk. Seorang pengguna yang dipanggil Ribuck mencadangkan ‘Satoshi’ digunakan untuk 1/100 Bitcoin (0.01 BTC). Pada awalnya, cadangan itu tidak mendapat sokongan ramai sehingga Februari 2011, apabila terdapat bebenang baru mengambil manfaat menamakan unit terkecil sebagai salah satu langkah penerimaan Bitcoin. Sejak hari itu, Satoshi mula ‘wujud’.
Kenapa Satoshi digunakan?
Seperti yang digariskan pada kertas putih Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System, wang digital versi Nakamoto yang boleh dibelanjakan secara bebas dengan pihak ketiga yang berpusat mengawasi setiap transaksi, boleh dilakukan dengan memecahkan Bitcoin kepada unit-unit kecil.
Anda tidak perlu membeli satu Bitcoin penuh untuk menikmati manfaatnya dan anda boleh membeli sebanyak mana (atau sedikit mana) yang diinginkan. Dan walaupun Bitcoin atau Satoshi tidak mempunyai sebarang hubungan terhadap pasangan matawang tradisional, anda masih mempunyai keupayaan untuk menukarnya semula ke matawang fiat dengan menggunakan tukaran matawang kripto seperti Luno.
Adakah Bitcoin merupakan satu-satunya matawang kripto yang boleh dipecahkan ke unit yang lebih kecil?
Tidak, kerana matawang-matawang kripto popular lain seperti Ethereum (ETH) turut menyediakan unit kecil yang dikenali sebagai Wei, dinamakan sempena Wei Dai, pembangun matawang kripto terawal dan seorang cypherpunk.