Apa itu sebut harga?

Dasar-dasar investasi

Sebut harga (atau lebih dikenali harga pasaran) ditakrifkan sebagai harga semasa untuk sesuatu aset. Proses ini sering dianggap sebagai titik rujukan di mana pengeluaran memenuhi permintaan yang menunjukkan paras keinginan para pembeli dan penjual untuk berdagang aset tersebut.

Sekiranya terdapat lebih banyak pembeli berbanding penjual pada hari tertentu, maka sebut harga juga dijangka untuk meningkat. Situasi yang sama berlaku apabila bilangan penjual melebihi pembeli di mana harga dijangka untuk mencatatkan penurunan. 

Jika para pedagang ingin menilai sepintas lalu prestasi semasa Bitcoin, mereka mungkin akan membuat rujukan pada sebut harga yang memberi indikasi sama ada pergerakan harga berlaku mengikut unjuran masing-masing atau tidak. Langkah ini membolehkan sebut harga menjadi sebagai antara medium berguna untuk menilai prestasi pasaran semasa. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0