Apa itu SegWit2x?

SegWit versi 2.0 atau SegWit2x merupakan pembaharuan susulan daripada proses SegWit yang menstruktur semula cara tandatangan verifikasi disimpan di dalam data rantaian blok. Antara cadangan SegWit2x adalah supaya saiz blok ditingkatkan daripada saiz yang sedia ada bagi membolehkan lebih banyak transaksi untuk diproses. Namun begitu, terdapat sedikit kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan tahap kecekapan rangkaian akibat kesesakan dalam proses transaksi data yang sekali gus menyebabkan cadangan ini tidak membuahkan hasil.Â
Selain itu, SegWit2x juga melibatkan proses hard fork bagi rantaian blok Bitcoin. Ini bermakna rantaian asal Bitcoin secara tidak langsung perlu mengadaptasi saiz blok yang baharu di mana para pelombong adalah dikehendaki untuk melakukan perubahan yang serupa. Situasi ini telah menyumbang kepada kewujudan rantaian baharu seperti dalam kes Bitcoin Cash.
Hard fork dianggap sebagai cadangan yang drastik memandangkan ia perlu mendapatkan kepercayaan yang telah lama wujud dalam rantaian terdahulu sebelum dibawa ke dalam versi baharu selain berpotensi memecahbelahkan pangkalan pengguna yang berbeza. Dalam dunia nyata selari di mana kumpulan politik atau keagamaan mempunyai idelogi serta amalan berlainan telah menyumbang kepada pembentukan denominasi baharu yang terpisah daripada kumpulan sedia ada.
Sebagai kontra, SegWit lebih tertumpu kepada elemen soft fork. Proses soft fork mempunyai perbezaan dari segi fungsi di mana ia mempunyai sifat keserasian membelakang atau backward compatible dengan semua transaksi terdahulu yang menggunakan set peraturan lama meskipun terdapat sedikit perubahan dalam aspek cara rangkaian beroperasi. Sifat unik ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecenderungan untuk diluluskan sekiranya sebarang penambahbaikan diperlukan berhubung cadangan tawaran terhadap protokol sedia ada.