Apa itu Spread?

Penyebaran (spread) merupakan perbezaan harga di antara tawaran (ask) dan bidaan (bid).

Jurang penyebaran lazimnya meningkat atau menurun bergantung kepada pergerakan harga iaitu sejauh mana harga berubah mengambil kira permintaan semasa untuk sesuatu aset. Penyebaran membolehkan pembuat pasaran (broker pelabur besar yang menyumbang terhadap kecairan dalam platform dagangan) untuk mengutip fi dagangan bagi menjana hasil pendapatan. Misalnya, jika Peter membeli 100 syer pada harga tawaran sebanyak £3 dalam XYZ Berhad, beliau membayar £300 sebagai pertukaran untuk 300 syer. Sekiranya Peter memutuskan untuk menjual semula 300 syer pada harga yang sama, beliau perlu menjual kesemua syer pada harga bidaan £2.95. Ini bermakna Peter bakal memperoleh £295 den berdepan kerugian sebanyak £5 yang perlu dibayar kepada pembuat pasaran.

Pada kebiasaannya, penyebaran ditentukan dalam kadar peratusan seperti 0.02%. Bagi aset yang mempunyai permintaan yang tinggi, penyebaran adalah lebih kecil memandangkan harga aset yang lebih tinggi jadi kadar julat atau persentil dapat dikekalkan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0