Apa itu stablecoin?

Stablecoin ialah sejenis matawang kripto yang nilainya ditambat pada matawang tempatan seperti Dolar AS, atau kelas aset seperti emas, atau beberapa matawang / aset. Ini kerana stablecoin ini sering digunakan untuk berinteraksi dengan aset yang lebih terdedah kepada pergerakan harga yang curam, seperti Bitcoin. Dalam erti kata lain, stablecoin boleh dianggap sebagai ‘jambatan’ yang menghubungkan di antara matawang kripto dan matawang fiat.
Stablecoin digunakan disebakan oleh ciri-cirinya yang unik: ia bersifat global dan boleh diakses oleh sesiapa di internet, bersifat digital dan boleh diprogramkan, serta boleh dipindahkan dengan murah dan cepat.
Stablecoin dianggap ‘stabil’ kerana nilainya lebih stabil berbanding matawang yang ia ditambatkan. Nilai stablecoin masih akan naik turun, tetapi nilai turun naiknya bergantung pada aset. Kombinasi kestabilan aset tradisional dan fleksibiliti aset digital sebenarnya yang menjadikan stablecoin satu pilihan yan popular dalam kalangan pengguna.