Apa itu tahap risiko?

Secara ringkasnya paras risiko merujuk kepada risiko yang sanggup ditanggung oleh seorang pedagang dalam pelaburan. Hal ini kerana setiap pelaburan mempunyai paras risiko yang berbeza walaupun sesetengah pelaburan mungkin dianggap lebih berisiko berbanding dengan pelaburan yang lain.
Tahap risiko yang tinggi bermakna pedagang tersebut lebih cenderung untuk berdepan situasi terlebih dedah (overexposed) apabila membuat pelaburan dalam aset yang berisiko tinggi dan situasi ini berpotensi meningkatkan prospek kerugian dalam nilai pelaburan mereka.
Paras risiko adalah bergantung kepada tahap serta variasi dari segi faktor risiko yang sanggup diambil oleh pedagang. Setiap pedagang lazimnya mempunyai pendekatan risiko berbeza yang gemar dipilih dan ia turut bergantung kepada strategi serta tujuan asal mereka dalam aspek pelaburan.
Adakah artikel ini berguna?