Apa itu Taproot?

Mekanisme ‘Taproot’ membolehkan transaksi diproses secara berkumpulan. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu dari segi menaik taraf tahap kelajuan rangkaian Bitcoin tetapi juga penambahbaikan dalam aspek privasi, ciri-ciri keselamatan serta kebolehskalaan.
Pengemaskinian Taproot telah dilaksanakan menjelang tahun 2021 dan ia menjadi antara pembaharuan yang sememangnya dinanti-nantikan dalam konteks Bitcoin semenjak kemunculan SegWit pada 2017.
Taproot dapat mengurangkan masa yang diambil untuk memproses transaksi tanpa memerlukan verifikasi yang banyak terhadap transaksi Bitcoin melalui tandatangan dompet (yang meliputi sekitar 65% daripada data transaksi) supaya rangkaian tersebut dapat berfungsi dengan lancar.
Jadi pengemaskinian Taproot bererti transaksi Bitcoin tidak memerlukan banyak verifikasi untuk tandatangan dompet dan fungsi ini dapat memudah cara proses transaksi serta meningkatkan keupayaan rangkaian.
Selain itu, mekanisme Taproot mampu memperhalusi tempoh pemprosesan transaksi yang membolehkan Bitcoin untuk terus berkembang pada skala yang luas dengan mengambil kira pertumbuhan pangkalan data rangkaian yang kian meningkat selain mengurangkan kos serta amaun data yang perlu dipindah di dalam rangkaian.