Apa itu tawaran awam permulaan (IPO)?

Tawaran awam permulaan (IPO) merujuk kepada proses di peringkat awal sebelum sebuah syarikat disenaraikan dan menawarkan saham untuk dijual di Bursa Saham. IPO lazimnya digunakan oleh pihak syarikat sebagai antara kaedah untuk mengumpul dana daripada para pelabur dalam perdagangan ekuiti.

Memandangkan tumpuan khusus diberi oleh badan pengawal selia terhadap syarikat yang tersenarai di bursa saham, sesebuah syarikat adalah dikehendaki untuk mematuhi perundangan tempatan sebelum ia dapat melancarkan IPO secara rasmi. IPO secara tidak langsung dapat meningkatkan profil syarikat terutamanya apabila IPO tersebut membuahkan hasil dan ia berjaya menarik minat para pelabur.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0