Apa itu teknik Scalping?

Mengenal Jenis-jenis Profil Risiko Investasi

Teknik scalping berlaku apabila pedagang memasuki atau keluar daripada posisi perdagangan dalam tempoh yang singkat berdasarkan relatif pergerakan harga yang kecil. Objektif pedagang jangka pendek adalah untuk cuba mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dengan menjual semula dalam tempoh masa yang singkat, berbanding pedagang harian atau pedagang swing yang menumpukan kepada kuantiti perdagangan yang lebih kecil untuk meraih keuntungan.

Pedagang yang bersifat singkat ini mungkin terbatas dari segi tahap keuntungan akibat faktor-faktor seperti fi perdagangan, tahap kecairan yang terhad untuk memasuki atau keluar daripada posisi tertentu selain strategi risiko yang dilihat lebih kurang efektif memandangkan mereka turut terdedah kepada potensi terlebih dagang. 

Pedagang ini secara amnya memberi tumpuan terhadap tempoh dagangan yang singkat dengan berpandukan carta setiap minit. Ini bermakna mereka dapat memasuki atau keluar daripada posisi perdagangan dalam hanya masa beberapa minit dan kekerapan berdagang ini secara tidak langsung meningkatkan fi perdagangan yang perlu dibayar dan sekali gus boleh menjejaskan tahap keuntungan mereka. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0