Apa itu terlebih pendedahan?

Istilah ‘terlebih pendedahan’ atau overexposure merujuk kepada situasi di mana seorang pedagang hanya menumpukan pelaburannya terhadap suatu aset tertentu. Walau bagaimanapun, situasi ini boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan pedagang terutamanya dari segi tahap keuntungan memandangkan keseluruhan portfolio mereka mungkin turut terjejas atau mencatatkan penyusutan sekiranya harga aset yang dipilih telah menurun. Dalam hal ini, kaedah mempelbagaikan pelaburan menerusi sebilangan aset yang berbeza mampu mengurangkan risiko pendedahan yang berlebihan terhadap mana-mana aset dan kaedah ini dikenali sebagai kepelbagaian pelaburan.

Langkah mengurangkan pendedahan berlebihan ini menjadi sebahagian penting dalam aspek pengurusan risiko yang lazim diguna pakai oleh para pedagang berpengalaman dalam usaha meningkatkan tahap keuntungan masing-masing.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0