Apa itu Ujian Howey?

Di Amerika Syarikat, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) iaitu sebuah badan pengawal selia yang diberi amanah dalam aspek perundangan sekuriti menggunakan Ujian Howey bagi mengenal pasti sama ada sesuatu aset diklasifikasi sebagai instrumen sekuriti selain mana-mana skim, kontrak atau transaksi yang lain.

Berdasarkan Ujian Howey, salah satu faktor utama yang wajar diberi pertimbangan adalah sama ada wujudnya jangkaan atau harapan keuntungan yang munasabah yang dapat diperoleh daripada pihak yang lain. Mana-mana aset yang melepasi Ujian Howey serta layak menjadi sekuriti perlu didaftarkan dengan pihak SEC dan mereka tertakluk kepada perundangan sekuriti seperti buku atau bon. 

Sehubungan itu, Tawaran Syiling Permulaan (ICO) dan kebanyakan protokol kontrak pintar turut dianggap sebagai sekuriti. Walau bagaimanapun, Bitcoin dan Ethereum yang berfungsi secara berpusat tanpa keterlibatan agensi berpusat tidak dikategorikan di bawah sekuriti. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0