Apa itu Uniswap?

Uniswap ialah bursa matawang kripto peer-to-peer terbesar di dunia. Uniswap membenarkan sesiapa sahaja yang memiliki dompet Ethereum untuk menukar atau ‘swap’ token mereka secara terus. Terdapat beratus-ratus token yang tersedia pada Uniswap. Token-token baru boleh mengambil masa yang lama untuk disahkan dan disenaraikan pada bursa-bursa besar, tetapi oleh kerana sifat Uniswap yang tidak berpusat dan semua pengguna boleh mengaksesnya, ia turut menawarkan banyak token baru dan juga token yang kurang dikenali.
Penukaran token boleh di bursa Uniswap boleh dilakukan di antara dua pihak berbeza kerana ia dipermudahkan oleh kontrak pintar — kontrak yang dilaksanakan secara automatik oleh program komputer apabila kedua-dua pihak mencapai kondisi yang tepat. Platform Uniswap adalah berbeza berbanding Luno kerana Luno menggunakan buku pesanan untuk membantu memudahkan perdagangan.
Uniswap juga tidak memegang sebarang aset bagi pihak pelanggan dan sebaliknya, ia menggunakan ‘kolam kecairan’. Kolam ini dicipta oleh pemegang-pemegang kripto, yang meminjamkan aset-aset mereka masuk ke kolam kecairan sehinggalah token yang tersedia cukup apabila pelanggan datang ke platform Uniswap untuk pembelian dan penjualan. Sebagai tukaran, pelabur-pelabur ini menerima syer daripada caj dagangan Uniswap.
UNI ialah token natif bagi Uniswap. Sesiapa yang memegang UNI mempunyai hak untuk bersuara bagaimana Uniswap berfungsi. UNI ialah token ERC-20 yang dibina di atas rangkaian Ethereum.