Apa itu USDC?

USDC Coin: Perbedaannya dengan Bitcoin (BTC)

Koin USD atau USDC ialah stablecoin yang disandarkan dengan Dolar AS dan dicagarkan sepenuhnya yang telah dilancarkan pada 2018 oleh gabungan syarikat yang dipanggil Centre. USDC dibina berdasarkan piawaian ERC-20 Ethereum, yang menjadikannya boleh beroperasi dengan kebanyakan perkhidmatan penjagaan dan dompet.

Apa itu stablecoin?

Stablecoin ialah sejenis matawang kripto yang ditambat pada satu aset, atau satu kumpulan aset. Aset yang ‘stabil’ ini boleh menjadi matawang kripto lain, matawang fiat tempatan, ataupun komoditi seperti emas. Dalam kes ini, USDC, ditambat pada satu aset tunggal: Dolar AS. Ini bermaksud, bagi setiap 1 USDC, pengeluar koin memegang 1 Dolar US dalam bentuk cagaran.

Bagaimana USDC ditambat pada Dolar?

Token USDC dicipta apabila seseorang membeli token daripada pengeluar yang disahkan. Bagi setiap Dolar AS yang diterima, pengeluar akan memohon kontrak pintar ERC-20 untuk mencipta amaun USDC yang sama. Pada satu titik di mana koin yang baru dikeluarkan dihantar kepada pengguna, Dolar AS yang digantikan akan disimpan dalam bentuk rizab. Pembeli kini memiliki USDC, yang boleh ditebus dengan pengeluar bagi nilai Dolar AS yang sama. Ini menjamin setiap token USDC disandarkan oleh Dolar AS dan boleh ditebus dengan asas 1:1.

Bagaimana untuk membeli USDC?

Token USDC boleh dibeli sama ada melalui pengeluar seperti di atas, atau boleh didagangkan pada bursa seperti Luno. Apabila USDC diperolehi melalui bursa, token tersebut diperolehi melalui pihak ketiga, namun begitu anda masih pemilik token tersebut dan sentiasa boleh menebusnya daripada pengeluar (jika anda ingin melakukannya).

Bagaimana USDC berbeza dengan stablecoin lain?

Kami menggalakkan anda untuk membiasakan diri anda dengan pengeluar secara terus, tetapi USDC berbeza daripada stablecoin lain seperti Tether. Pengeluar USDC menunjukkan yang mereka merupakan institusi kewangan yang dikawal selia dengan standard yang tinggi dalam pentadbiran korporat, yang juga perlu patuh untuk menyediakan ketelusan penuh serta diaudit secara berkala. Ini memastikan yang rizab kekal dipegang pada perkadaran 1:1, bersamaan dengan matawang fiat.

USDC dikeluarkan dan ditadbir oleh konsortium CENTRE, yang menyediakan kawal selia dan rangka kerja operasi serta mengawasi token USDC. Kesemua pengeluar USDC perlu melaporkan pemegangan USD mereka, yang kemudiannya akan diterbitkan melalui firma perakaunan Grant Thornton LLP secara bulanan. Laporan bulanan ini tersedia secara atas talian untuk sesiapa yang ingin menyemaknya.

Apakah tujuan USDC?

Secara asasnya, USDC menukar Dolar AS menjadi token dan meletakkannya pada rantaian blok. Ini menjadikan wang ini mudah dipindahkan, jadi ia boleh bergerak ke seluruh dunia dengan mudah dan cepat – tidak seperti Dolar AS versi fiat, yang bergerak lebih perlahan kerana ia perlu mematuhi proses-proses institusi kewangan. Penokenan ini juga menyediakan lebih fungsi tambahan, menjadikan ia mudah diprogram dan digunakan pada dApps.

Daripada perspektif pengguna, individu menggunakan USDC untuk pelbagai sebab. Salah satu sebab utama ialah untuk melindung nilai daripada volatiliti ketika kejatuhan pasaran – sama ada dalam matawang kripto atau matawang tempatan anda sendiri. Sebab yang lain juga adalah ketika penjualan kripto, anda mungkin mahu menyimpan wang anda pada platform untuk sesi dagangan lain. Jika anda menyimpanya dalam bentuk USDC, anda tidak perlu membayar caj untuk penukaran fiat.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0