Apa maksud kolam perlombongan?

Semakin banyak pelombong aktif dalam sebuah rantaian blok, maka semakin sulit proses melombong di mana ganjaran yang diberi setiap kali apabila satu blok baharu dilombong menjadi kian berkurangan. Kolam perlombongan atau Mining pools dibentuk sebagai langkah untuk mengatasi tahap kesukaran perlombongan Bitcoin dan bilangan mata wang kripto lain yang semakin meningkat secara lebih efektif.

Sebagaimana anda menyumbang bersama rakan-rakan untuk membeli hadiah kepada seseorang, kolam perlombongan merujuk kepada kombinasi penyatuan sumber ‘kolam’ yang dikongsi oleh para pelombong. Kuasa pemprosesan adalah diukur berdasarkan algortima kriptografik (hash) yang disumbang merentasi rangkaian, dan ganjaran kemudiannya dibahagikan secara sama rata bergantung kepada sumbangan oleh setiap pelombong dari segi jumlah amaun kerja dan kuasa pemprosesan. 

Syer akan diberi kepada pelombong yang berjaya mengemukakan proof-of-work (PoW) yang sah. Walaupun reka bentuk ganjaran yang diterima mungkin lebih rendah, tetapi kaedah penyatuan sumber ini membolehkan para pelombong untuk menjana blok pada kadar yang lebih pantas. Dengan cara ini, penyertaan dalam kolam perlombongan menjadi lebih bermanfaat bagi aktiviti melombong Bitcoin dengan kewujudan ganjaran blok yang jauh lebih konsisten berbanding perlombongan secara bersendirian.

Kaedah kolam perlombongan:

  • Pembayaran mengikut syer (PPS)

Pembayaran segera antara ahli dibenarkan bagi tujuan pengeluaran pendapatan berdasarkan syer yang dipersetujui. Dengan cara ini, jika sumbangan anda diterima pakai oleh kolam perlombongan, maka anda tidak perlu menunggu sehingga blok baharu dilombong atas tujuan pengeluaran.

  • Perimbangan mengikut kadar (PROP)

Melalui kaedah ini, pembahagian syer dijalankan pada penghujung pusingan perlombongan di mana amaun yang anda layak menerima adalah bergantung kepada sumbangan anda terhadap kuada pemprosesan dalam suatu kolam perlombongan. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0