Apa yang berlaku kepada Bitcoin yang dianggap hilang?

Bitcoin yang “hilang” merujuk kepada pemegang dompet mata wang kripto yang telah kehilangan akses kepada kunci sulit mereka.
Segelintir pengkritik berpandangan bahawa elemen ini merupakan antara potensi kelemahan Bitcoin yang dikenal pasti sehingga menyebabkan mata wang kripto menjadi lebih mudah terdedah. Sekiranya pengguna kehilangan akses terhadap dompet mereka, maka tiada cara lain yang dapat memulihkan kembali dana tersebut dan situasi ini sekali gus menimbulkan persoalan tentang keperluan untuk mengimbangi antara autonomi dan aspek keselamatan berbanding tahap aksesibiliti. Dalam hal ini, terdapat perkhidmatan pengurusan kunci sulit yang boleh diguna pakai oleh pengguna bagi tujuan penyimpanan rekod kunci selain mengelakkan daripada sebarang risiko kehilangan dengan menaruh kepercayaan terhadap perkhidmatan yang sedia ada.