Apa yang perlu dilakukan jika anda menjadi mangsa penipuan Bitcoin

Jika anda mengesyaki yang anda menjadi mangsa aktiviti penipuan atau scam, pastikan anda menyemak transaksi terkini dan ikuti langkah-langkah ini. Luno tidak menggalakkan penghantaran Bitcoin ke dompet yang tidak berkaitan dengan Luno seperti aplikasi pihak ketiga. Namun begitu, anda boleh mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk melindungi akaun anda terhadap aktiviti-aktiviti mencurigakan.
Apabila anda menghantar laporan aktiviti mencurigakan kepada kami, sila sertakan sebanyak mungkin maklumat transaksi yang relevan yang menyatakan apa yang telah berlaku – termasuklah ID Transaksi (TxID) bagi transaksi spesifik yang terlibat. Anda boleh mendapatkannya di Blockchain Explorer dengan alamat dompet anda.
Pasukan kami boleh melakukan siasatan dan menyemak sama ada alamat penerima dikaitkan dengan akaun Luno; yang mana kami mungkin boleh membantu anda mendapatkan semula wang anda dan mengambil tindakan terhadap akaun mencurigakan tersebut. Sayangnya, cara rantaian blok dicipta menjadikan transaksi tidak boleh diterbalikkan, oleh itu jika dompet penerima tidak berkait dengan Luno, kami tidak boleh menterbalikkan transaksi anda atau memulangkan semula wang anda.
Jika anda merasakan yang anda adalah mangsa serangan phishing, lindungi akaun anda di sini dan kemaskini kata laluan anda untuk memastikan hanya anda sahaja mempunyai akses pada akaun anda. Kami amat menggalakkan anda mengemaskini kata laluan pada emel dan akaun-akaun penting lain.
Jika anda menerima sebarang mesej, emel mencurigakan atau panggilan yang mengaku daripada Luno, laporkan kepada kami segera. Sila sertakan maklumat sebanyak yang boleh, termasuklah nombor telefon dan alamat emel yang menghubungi anda. Pasukan Phishing kami akan memastikan perkara ini disiasat sepenuhnya.
Untuk lebih maklumat bagaimana untuk mengelakkan penipuan, sila lawati:
- Artikel Pusat Bantuan: Saya merupakan mangsa penipuan. Apa yang patut saya lakukan?
- Artikel pendidikan: Kekal selamat dari penipuan berkaitan kripto di media sosial